suria

The Weeknd 'Cinta Mati' Selena Gomez?

Selena akui The Weeknd adalah seorang lelaki sempurna pada pandangan matanya.

SELENA Gomez dan hubungan percintaannya memang selalu menjadi topik menarik untuk dibualkan.

Setelah bertahun-tahun terpalit dengan 'drama' cinta bersama Justin Bieber, dia kini dilihat sudah mampu 'bahagia' bersama The Weeknd.

Apa yang pasti, pasangan selebriti ini berjaya membuktikan hubungan mesra antara mereka masih berlanjutan sehingga kini.

Bahkan, bekas bintang Disney ini juga pernah menyatakan The Weeknd adalah lelaki sempurna untuknya sehingga ada yang mula beranggapan adakah The Weeknd merupakan 'cinta matinya' sekarang?

Terbaru, si cantik ini kembali mengulas soal hubungan asmaranya dengan The Weeknd menerusi sebuah wawancara bersama InStyle Magazine.

Menerusi temubual tersebut, Selena mengaku bahawa pemilik nama asal Abel Makkonen Tesfaye itu tidak hanya mampu bergelar kekasih, tetapi juga sahabat terbaiknya.

Selena mengakui The Weeknd turut bergelar seorang sahabat terbaik buat dirinya.

"Aku tak berharap pada satu hal begini untuk membuat hidupku lebih bahagia. Penting bagiku untuk mencintai teman-teman dan juga keluarga selain meyakinkan mereka bahawa aku tak mudah 'kalah' dipengaruhi seorang lelaki.

"Aku ingin menjadi kuat selama bertahun-tahun, namun aku belum benar-benar mampu," kata Selena.

Tambahnya lagi, pengalaman cinta sebelum ini berlangsung disaat dirinya masih begitu muda dan tidak matang.

Berbeza dengan hubungan bersama The Weeknd yang disifatkan sebagai satu keberuntungan kerana lelaki itu mampu bergelar sahabat terbaik buat dirinya.

"Dia seorang yang matang dan mempunyai keperibadian yang baik jauh dari yang sebelumnya," kata Selena.

Selena Gomez

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain