suria

Will Smith Bantu Tyrese RM21 Juta

Tyrese mampu menarik nafas lega apabila rakan baiknya, Will Smith tampil memberikan bantuan kewangan kepadanya.

BINTANG filem The Fast And Furious, Tyrese Gibson mendedahkan pelakon terkenal Hollywood iaitu Will Smith bermurah hati menyumbangkan AS$5 juta (RM21 juta) kepadanya.

Daily Mail melaporkan Will membuat sumbangan itu selepas terusik dengan luahan Tyrese yang kini mengalami masalah kewangan berikutan ia habis digunakan untuk membayar kos guaman bagi mendapatkan hak penjagaan anak perempuannya, Shayla yang berusia 10 tahun.

Tyrese, 38, mendedahkan menerusi laman sosialnya, Will memberikan wang itu agar dia dapat membayar kos guaman yang sangat tinggi dan sebagai rakan dia sangat terharu dengan kebaikan ditunjukkan pelakon itu ketika dia dalam kesusahan.

Hubungan Tyrese dengan bekas isterinya, Norma Mitchell Gibson bertukar buruk apabila mereka bertelagah mengenai hak penjagaan anak mereka selepas bercerai sehingga membawa kes itu ke muka pengadilan.

Dedah Tyrese, dia memerlukan AS$15,000 (RM63,000) sebulan untuk menampung kos guaman dan situasi kewangannya ketika ini ditahap kritikal kerana dia tidak lagi mendapat tawaran lakonan.

Will Smith, Tyrese Gibson

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain