ANGGOTA kumpulan f(x), Luna, mendedahkan dia pernah mengamalkan diet tidak sihat semata-mata untuk mendapatkan bentuk badan sempurna sebagai seorang artis. Menurut portal hiburan Koreaboo, diet melampau yang diamalkan penyanyi itu menyebabkan dia mengalami keletihan setiap hari dan kehilangan otot badan. Ujar Luna, dia berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 10 kilogram, menjadikan berat badannya 40 kilogram sahaja. Sewaktu mendedahkan perkara itu menerusi satu rancangan televisyen baru-baru ini, Luna bagaimanapun mengakui sudah tidak mengamalkan diet ekstrem. Menurut Luna, dia kini berjaya mendapatkan bentuk badan dengan cara sihat menerusi kawalan pemakanan dan senaman.