MENERUSI BUZZAngle Music, album baru Taylor Swift, Reputation, sudah mencecah 1.29 juta selepas seminggu dilancarkan. Angka tersebut menjadikan album yang dikeluarkan oleh Big Machine Label Group itu sebagai album paling besar tahun ini dan mencatat jualan tertinggi atas nama Taylor Swift. "Ini bermaksud album Taylor Swift menjadi yang paling tinggi pada tahun ini," kata wakil syarikat label tersebut. Terdahulu Taylor Swift pernah mengeluarkan tiga album berbeza dengan jutaan jualan dalam masa seminggu sejak 1991.