suria

Jalan Bersempena Nama Rihanna

Rihanna hadir pada majlis bersempena sebuah jalan dinamakan bersempena namanya di Barbados baru-baru ini.

PENYANYI Rihanna berterima kasih kepada komuniti penduduk di kampung halamannya Bridgetown, Barbados selepas sebuah jalan dinamakan bersempena namanya.

Daily Mail melaporkan penghargaan itu dibuat sebagai menghargai kejayaan Rihanna, 29, dalam karier seninya sehingga membuatkan semua penduduk bangga dengannya.

Sebelum ini jalan itu dikenali sebagai Westbury New Road dan pada Oktober lalu ia ditukar kepada Rihanna Drive.

Rihanna turut menghadiri upacara menukar nama jalan itu dan berkongsi dengan peminat di Instagram.

"Ia hari yang tidak akan saya lupakan sepanjang hidup saya," tulisnya.

Rihanna, Rihanna Drive

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain