suria

Huh Gak Umum Hidap Kanser Tiroid

Dalam diam rupanya Huh Gak menghidapi kanser tiroid.

PENYANYI Huh Gak disahkan menghidap penyakit kanser tirod sejak beberapa bulan lalu.

Menurut portal Soompi, media Korea Selatan melaporkan bahawa Huh Gak telah menjalani rawatan dan pembedahan berkaitan penyakit kanser yang dihadapinya.

Pengumuman itu membuatkan peminat terkejut kerana tidak menyangka bahawa dia yang baru sahaja melancarkan single berjudul Only You hujung November lalu rupanya sedang menderita sakit barah tersebut.

Huh Gak bersama peminat semasa konsert baru-baru ini.

Agensi Plan A yang menguruskan karier Huh Gak mengesahkan mengenai perkhabaran tersebut. Malah, jurucakap agensi memaklumkan Huh Gak baru sahaja menjalani pembedahan pada 1 Disember lalu.

Kini, penyanyi lagu Miss You ini juga sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Seoul.

"Nasib baik kanser itu dapat dikesan awal, jadi pembedahannya lebih lancar dan mudah.

"Sekarang ini, kondisi tubuhnya agak lemah namun semakin stabil. Dia dalam proses penyembuhan sehingga hujung tahun ini," kata agensi tersebut.

Huh Gak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain