suria

Onew Kongsi Perasaan Selepas Kematian Jonghyun

Onew (kiri) sedih selepas kematian rakan baiknya, Jonghyun.

SALAH Seorang ahli anggota SHINee, Onew meluahkan perasaan selepas kematiaan rakan baiknya, Jonghyun di laman Instagram.

Onew hanya memuat naik foto berlatarkan warna hitam dengan mengatakan dia sentiasa menyokong dan menyayangi Jonghyun biarpun sudah tiada.

"Tak kisah siapa atau apa yang awak buat. Apa-apa pun, tolong ingat satu perkara. Ada seorang di luar sana yang menyayangi awak lebih daripada awak sayang diri sendiri.

"Saya akan sentiasa menyokong awak. Saya sayang awak," tulis Onew.

Luahan ini adalah kali pertama dia berkongsi selepas lima bulan Onew tidak mengemas kini laman sosialnya.

Jonghyun ditemukan mati di rumahnya yang terletak di Chungdam, Seoul pada Isnin dan dia dilaporkan telah membunuh diri akibat mengalami kemurungan.

Onew, SHINee, Jonghyun

Artikel Lain