PENYANYI dan pelakon Im Siwan mendedahkan dia mengalami kecederaan di buku lali ketika menjalani latihan tentera pada Rabu lalu. Menerusi laporan Soompi, Im Siwan tersungkur ketika berjalan di atas ais menyebabkan buku lalinya terseliuh. Wakil agensinya, Plum Entertainment mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu penyanyi itu masih dalam proses untuk pulih. "Memang benar Im Siwan cedera di buku lalinya ketika menjalani latihan tentera. Dia kini sedang fokus menjalani rawatan dan sedang dalam proses untuk pulih. "Ia sangat sukar untuk dedahkan secara lebih terperinci termasuklah punca kecederaan tersebut disebabkan dibawah pengurusan tentera," kata agensi. Im Siwan mula menjalani latihan tersebut pada 11 Julai lalu dan ditugaskan sebagai penolong pengajar untuk pelatih baru. Dia akan menamatkan latihan pada 10 April 2019.