suria

Anak Tiri Ubah Pemikiran Eva Longoria

Eva Longoria dan Jose Baston bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

PELAKON Eva Longoria yang sedang hamil anak pertamanya mendedahkan dia tidak pernah memberi fokus kepada soal cahaya mata sebelum berkahwin dengan Jose Baston.

People melaporkan Eva mula berubah selepas dia berkahwin dengan Jose dan menjadi ibu kepada tiga anak tirinya - Natalia, Mariana dan Jose Jr.

"Dia sukakan kanak-kanak tetapi itu bukan keutamaannya namun sejak menjadi ibu 'segera' kepada tiga anak tirinya dia mula berubah.

"Eva cukup sayangkan anak-anak tirinya dan kini dia begitu teruja bakal bergelar ibu," kata sumber pelakon Desperate Housewife itu.

Eva kini sedang hamil empat bulan dan dijangka bakal menimang cahaya mata lelaki.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain