ANGGOTA kumpulan BTS iaitu Jungkook sentiasa menjadi perhatian bukan sahaja kerana bakatnya sebagai penghibur tetapi wajahnya yang kacak. Namun bapa Jungkook turut terkena tempias popularitinya apabila ramai memuji wajah kacak lelaki itu semasa muda. Malah ramai menganggap wajah kacak dimiliki oleh Jungkook adalah diwarisi daripada bapanya. Tidak cukup dengan itu, gambar bapa penyanyi itu ketika muda turut menjadi tular di media sosial sehingga menjadi perhatian netizen. Sebuah video yang dirakam pada 2014 yang memperlihatkan kelibat bapa Jungkook yang sedang duduk disebelahnya juga turut tular walaupun rakaman itu sudah lama. Lelaki itu kini melebihi populariti anaknya kerana dipuji masih kelihatan segak dan kacak walaupun sudah berusia.