SELEPAS beberapa bulan mendiamkan diri berhubung berita kehamilannya, bintang realiti Khloe Kardashian akhirnya mendedahkan dia kini sedang mengandung enam bulan. Khloe berkongsi perkara itu selepas menjawab soalan peminat di Twitter yang bertanya mengenai kehamilannya. "Kandungan saya akan masuk bulan keenam minggu hadapan," tulis Khloe. Minggu lalu, Khloe dan teman lelakinya, Tristan Thompson mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata namun ketika itu dia tidak mendedahkan butiran mengenai kehamilannya.