suria

Peminat Menjerit Super Junior Beri Salam

Super Junior tampil dengan persembahan bertenaga yang tidak pernah mengecewakan peminatnya pada K-Wave Music Festival 2018 di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Kemeriahan konsert K-Wave Music Festival 2018 yang berlangsung pada Sabtu lalu menyaksikan gabungan penyanyi, band baharu dan senior dari Korea Selatan di atas satu pentas yang sama.

Rata-rata peminat K-pop dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor dilihat sangat teruja menonton persembahan secara langsung artis kegemaran mereka dan turut sama menyanyikan setiap lagu dipersembahkan.

Lebih 10,000 peminat memenuhi Stadium Merdeka di ibu negara dihiburkan dengan nama-nama besar dalam muzik Kpop iaitu Super Junior (SuJu), Kim Taeyeon (Girl's Generation), Mamamoo, NU'EST, Halo, Tahiti dan ACE.

Nu'est antara kumpulan baru yang menarik perhatian.

Memandangkan konsert anjuran MacpiePro ini menampilkan ramai penyanyi, persembahan awal dari ACE, Tahiti, Halo dan Mamamoo membuatkan penonton tidak puas disebabkan mereka hanya sempat menyanyikan tiga ke empat buah lagu sahaja.

Bagaimanapun, salah seorang ahli grup Mamamoo iaitu Solor terpaksa menyanyi sambil duduk di kerusi akibat belum pulih daripada kecederaan bahagian belakang badannya namun mereka tetap memberikan persembahan cukup bertenaga.

Bintang utama pada konsert itu sudah tentu Taeyeon dan Super Junior yang kemunculan mereka dinanti-nantikan peminat pada malam itu.

Solar terpaksa duduk ketika menyanyi disebabkan sakit belakang.

Tidak boleh dinafikan pesona Taeyeon telah membuatkan semua penonton leka melihatnya beraksi biarpun hanya berseorangan di pentas.

Seperti yang dijangka, kumpulan yang dianggotai Leeteuk, Heechul, Hangeng, Yesung, Kangin, Shindong, Sungmin, Eunhyuk, Siwon, Donghae, Ryeowook, Kibum dan Kyuhyun tidak mengecewakan.

Menariknya, ketua kumpulan SuJu iaitu Leeteuk terlalu teruja dengan sokongan peminat yang hadiri sehingga memberi salam membuatkan peminat berteriak gembira.

Ahli kumpulan SuJu teruja bertemu peminatnya sehingga memberi salam.

"Apa khabar? Terima kasih. Sudah makan? Belum makan! Saya sekarang bersama dengan anda.

"Jumpa lagi. Terima kasih, aku cinta padamu. Assalammulaikum," kata Leeteuk.

Kedengaran suara penonton yang turut menyanyi ketika SuJu mempersembahan lagu mereka yang popular iaitu Sorry, Sorry dan MAMACITA.

Sudah pasti, peminat dunia K-pop menjadikan ia kenangan paling indah memulakan tahun baru dan tidak sabar menantikan K-Wave Music Festival pada tahun hadapan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain