LAGU berjudul Crying Out nyanyian D.O (EXO) didakwa telah diciplak oleh pemuzik bernama Enough dengan menukar tajuk kepada To You. Lagu To You itu telah dilancarkan di sebuah portal muzik dalam talian pada 15 Disember lalu. Lagu tersebut didakwa mempunyai persamaan sebanyak enam baris melodi dengan Crying Out. Peminat-peminat kumpulan itu kecewa dan berasa tertipu, berikutan laman muzik itu sebelum ini juga pernah memperdengarkan lagu tersebut secara percuma. Sehingga kini, portal dan pemuzik tersebut belum memberikan sebarang kenyataan berhubung isu itu.