suria

Justin Bieber & Selena Berpisah Sementara

Justin dan Selena mengambil keputusan untuk berpisah buat sementara waktu.

PASANGAN selebriti terkenal Justin Bieber dan Selena Gomez dilaporkan berpisah buat sementara bagi memberi ruang kepada diri masing-masing.

Menurut laporan Hollywoodlife, pasangan popular itu membuat keputusan tersebut, namun Justin menanti detik untuk mereka kembali bersama.

"Justin hanya fikir tentang Selena sahaja, dia tidak boleh berjauhan dengan kekasihnya itu.

"Tapi, walaupun dia kecewa tidak dapat berjumpa dan bercakap setiap hari, dia tetap hormat dan beri ruang dan masa seperti Selena mahukan," kata sumber.

Kata sumber lagi, perpisahan sementara itu berikutan Justin sering mendesak Selena untuk ikut semua kemahuannya.

Bagaimanapun, Justin dilihat kini sedang belajar daripada kesilapan lalu dan mahu menjadi seorang kekasih yang lebih memahami.

Justin Bieber, Selena Gomez

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain