ISTERI kedua kepada penyanyi nasyid terkenal Indonesia, Opick iaitu Wulan Maya Sari Hanis Sudiyono, 34, meninggal dunia kira-kira pukul 9 malam, Ahad. Berita mengenai perkara itu disahkan sendiri oleh sahabat baik Opick yang dikenali sebagai Ustaz Solmed. Menurutnya, sebelum meninggal dunia, Allahyarham berada dalam keadaan tidak sihat selepas bayi yang dikandungnya meninggal dunia kira-kira dua bulan lalu. Ketika itu usia kandungan Wulan sudah memasuki usia lapan bulan. Opick memegang dahi isteri keduanya buat kali terakhir. "Saya dapat informasi menerusi Whatsapp berserta foto Opick. Isterinya meninggal dunia pada pukul 9 malam selepas mula sakit dua bulan lalu. "Tapi tidak diketahui selepas melahirkan atau beberapa hari atau ketika melahirkan. Itu saja yang tidak diketahui," kata Solmed seperti dilaporkan Liputan6. Katanya lagi, Wulan sempat dikejarkan ke hospital sebelum menghembuskan nafas terakhir di sisi suami dan ahli keluarga. Jenazah Allahyarhamah dilaporkan sudah dikebumikan selepas Zohor, pada Isnin. Opick memiliki seorang lagi isteri, Dian Rositaningrum, yang dinikahi pada 2002 lalu dan dikurniakan enam orang anak.