ANGGOTA kumpulan AOA, Seolhyun terpaksa menanggung malu apabila ada pihak tidak bertanggungjawab mengubah suai gambarnya menjadi separuh bogel dan menyebarkannya di internet. Foto tersebut dikatakan dirakam melalui telefon milik bekas kekasihnya, Zico daripada kumpulan Block B namun ia telah disunting. Syarikat pengurusan Seolhyun, FNC Entertainment menjelaskan foto berkenaan adalah palsu dan pihak agensi sedang mengumpul bukti mengenai penyebaran gambar memalukan itu di laman sosial. "Selepas semua bukti dikumpul berkaitan foto Seoulhyun kami merancang untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkannya di internet. "Kami akan pastikan pihak tersebut akan menerima hukuman setimpal atas perbuatannya," kata agensi itu.