suria

Backstreet Boys Buka Restoran Barbeku

Backstreet Boys bakal membuka restoran barbeku.

BACKSTREET Boys (BSB) mengorak langkah dalam karier mereka dilaporkan bakal membuka restoran.

BSB Entertainment Inc iaitu sebuah syarikat yang menyenaraikan kesemua anggotanya iaitu A.J. McLean, Howie D, Brian Littrell, Kevin Richardson dan Nick Carter sebagai pengarah memfailkan dokumen pada 9 Februari lalu bagi mendaftarkan nama restoran mereka.

Dokumen yang diperolehi oleh TMZ itu menyatakan BSB, kumpulan yang popular era 1990 an itu memilih Backstreet Barbecue sebagai nama restoran yang akan beroperasi tidak lama lagi.

Walaupun masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada kumpulan itu namun salah seorang anggotanya, Nick Carter sudah pun memberi bayangan mengenai perancangan terbaharu mereka.

"Apabila ada dua lelaki dari Kentucky dan tiga lagi dari Florida, saya janji ia akan menjadi sesuatu yang menjilat jari," tulisnya di Twitter.

Malah BSB turut mencari rakan kongsi di Mexico untuk menghasilkan minuman bawah jenama mereka.

Backstreet Boys

Artikel Lain