suria

Amaran Park Bo Young Kepada Netizen

AKTRES Park Bo Young memberi amaran kepada netizen yang menonton dan berkomunikasi dengannya menerusi aplikasi siaran langsung agar tidak menulis komen buruk.

Dia yang berkomunikasi dengan para peminatnya di aplikasi V Apps itu berkata bahawa dia memantau semua komen yang ditulis dan memberi amaran pertama dan terakhir kepada netizen yang menulis kata-kata tidak sepatutnya.

"Saya tahu apa yang kamu komen dan foto yang kamu hantar, jika ia melampau dan saya akan ambil tindakan undang-undang.

"Tiada perbincangan jika tindakan undang-udang sudah diproses," ujarnya sambil tersenyum.

Dia juga menjelaskan tindakan yang diambil adalah demi menjaga hati kedua-dua ibu bapanya.

"Setiap hari, ibu bapa saya akan mencari nama saya di internet dan saya tidak mahu menyakiti perasaan mereka," ujarnya.

Park Bo Young

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan