suria

Lima Tahun Bercinta, Jo Hyun Jae Bakal Berkahwin

Jo Hyun Jae bakal berkahwin dengan teman wanitanya selepas lima tahun menjalinkan hubungan cinta.

PELAKON Jo Hyun Jae mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga dengan teman wanitanya selepas lima tahun menjalinkan hubungan cinta.

Soompi melaporkan Hyun Jae mendedahkan berita gembira itu menerusi Instagram miliknya baru-baru ini.

"Kepada semua peminat yang sentiasa menyokong, beri saya kekuatan dan sentiasa bersama saya seperti keluarga, ini saya maklumkan yang saya bakal berkahwin.

"Saya mahu anda semua menjadi orang pertama yang tahu bahawa kami sedang membuat persiapan untuk berkahwin.

"Memandangkan ia adalah perkara peribadi dan pasangan saya bukan selebriti, saya mahu menjaga privasinya dan harap semua memahami," tulis Hyun Jae.

Hyun Jae turut meluahkan rasa teruja dan berharap peminat akan sentiasa menyokongnya biarpun selepas bergelar suami.

Jo Hyun Jae

Artikel Lain