suria

Selepas Anak Ketiga Baru Chrissy Teigen Kuruskan Badan

Chrissy dan suaminya, John Legend bakal menimang anak kedua tidak lama lagi.

MODEL Chrissy Teigen, 32, yang sedang hamil anak kedua tidak merancang untuk mengembalikan bentuk tubuhnya selepas bersalin.

Ini kerana kata isteri penyanyi John Legend ini, dia merancang untuk mendapatkan anak ketiga dan hanya akan bersungguh-sungguh mengembalikan bentuk tubuh modelnya selepas itu.

"Saya mahu seorang lagi anak selepas ini dan selepas itu baru saya fikir untuk dapatkan kembali bentuk tubuh seperti sebelum berkahwin," katanya seperti dilaporkan Us Weekly.

Chrissy dan John, 39, bakal menimang anak kedua mereka tidak lama lagi dan pasangan itu turut mempunyai anak perempuan, Luna yang kini berusia 2 tahun.

Dalam pada itu, Chrissy berkata, dia tidak akan menunggu lama untuk mendapatkan anak ketiga kerana usianya yang semakin meningkat dan tidak mahu anak-anaknya mempunyai jarak usia terlalu jauh.

"Kalau saya tunggu lebih lama mungkin saya akan habiskan usia 30-an dengan hamil... lebih baik mengandung sekarang dan selepas itu boleh saya menjaga diri sendiri pula," katanya.

Chrissy Teigen, John Legend

Artikel Lain