suria

Song Ji Hyo Dedah Teman Lelaki Bersikap Curang

Song Ji Hyo mendedahkan bekas teman lelakinya pernah bersikap curang terhadapnya.

PELAKON Song Ji Hyo mendedahkan dia pernah menjadi mangsa penipuan teman lelakinya sendiri yang bermain kayu tiga.

Koreaboo melaporkan Ji Hyo mendedahkan perbuatan teman lelakinya itu telah meninggalkan kesan mendalam terhadap dirinya sehinggakan dia takut untuk kembali bercinta.

Ji Hyo mendedahkan perkara itu ketika muncul mempromosikan filem terbaharu lakonannya, Wind Wind Wind yang mengangkat kisah tentang kecurangan pasangan.

Jelasnya, jalan cerita filem itu mempunyai perkaitan dengan dirinya namun menganggap ia sebagai pengajaran dalam hidup agar lebih berhati-hati mempercayai lelaki.

Ditanya sama ada lelaki dimaksudkan adalah bekas teman lelakinya, Baek Chang Ju yang juga pengarah urusan syarikat pengurusan C-JeS Entertainment, Ji Hyo bagaimanapun menyangkal dakwaan itu.

"Bukan dia orangnya... biarlah ia menjadi rahsia saya," katanya ringkas.

Sebelum ini, Ji Hyo turut dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan pelakon Kim Jong Kook namun mereka menyangkal dakwaan itu.

Song Ji Hyo

Artikel Lain