suria

Muzium Yang Sepi Kini Jadi Tumpuan Gara-Gara T.O.P.

SEBUAH muzium kraftangan tiba-tiba menjadi tumpuan selepas ia dikatakan lokasi penyanyi T.O.P. sedang menjalani latihan ketenteraannya sebagai pegawai khidmat masyarakat.

Peminat mula menghidu lokasi anggota kumpulan Big Bang itu selepas video memperlihatkan kelibat T.O.P. sedang melayani kanak-kanak di muzium itu tersebar di laman sosial.

Ia menyebabkan muzium itu dibanjiri dengan pengunjung yang ingin melihat penyanyi itu dengan lebih dekat.

"Tolong beritahu saya masa, tempat dan nombor telefon muzium untuk saya buat tempahan! Tolong beritahu T.O.P. saya mahu dia mengendalikan kelas ukiran seramik.

"Ini berita baik... Akhirnya kita dapat tahu di mana kedudukan T.O.P. sekarang. Ayuh serbu muzium itu sekarang!," tulis peminat.

T.O.P. sebelum ini ditugaskan di Balai Polis Gangnam namun dia dilepaskan daripada jawatan itu selepas didapati bersalah menggunakan dadah jenis marijuana.

Dia kemudiannya ditugaskan sebagai pegawai khidmat masyarakat di Yongsan-gu dan kini bertugas di muzium tersebut sebagai salah satu modul melengkapkan latihan ketenteraan selama dua tahun.

T.O.P., Big Bang

Artikel Lain