suria

Jackie Chan bakal lancar album baharu selepas 16 tahun

Jackie Chan bakal muncul dengan album terbaharunya pada Ogos depan.

PELAKON aksi terkenal Jackie Chan bakal melancarkan album terbaharunya pada Ogos depan.

Oriental Daily melaporkan Jackie, 64, mendedahkan perkara itu ketika menghadiri sebuah acara di Beijing, China baru-baru ini.

Kata pelakon filem Police Story itu, dia mengambil masa selama tiga tahun menyiapkan album itu kerana terlalu sibuk dengan jadual penggambaran.

"Akhirnya album itu sudah pun siap!," katanya.

Dedah Jackie lagi, dia menggunakan khidmat beberapa kenalannya dalam industri muzik untuk menerbitkan album tersebut.

Malah anak lelakinya Jaycee yang juga pelakon dan penyanyi turut bertindak sebagai penerbit album itu.

Kali terakhir Jackie muncul dengan album sekitar 16 tahun lalu menerusi With All One's Heart.

Jackie juga mempunyai sembilan album sepanjang karier nyanyiannya iaitu Love Me (1984), Thank You (1984), A Boy's Life (1985), Shangrila (1986), Sing Lung (1986), No Problem (1987), Jackie Chan (1988), First Time (1992) dan Dragon's Heart (1996).

Jackie Chan

Artikel Lain