PELAWAK popular Yoo Byung Jae mengakui pendapatannya agak lumayan selepas bernaung di bawah agensi raksasa YG Entertainment tiga tahun lalu. Biarpun tidak mendedahkan jumlah sebenar, Yoo berkata, dia kini menjadi punca pendapatan utama keluarganya. “Ini pertanyaan paling panas bulan ini, saya tidak boleh mendedahkan jumlah sebenar pendapatan yang saya perolehi sebulan. “Saya rasa bimbang, bapa saya mahu sebuah kereta baru. Dia sering menghubungi saya dan bercerita tentang kereta idaman yang mahu dibelinya. “Manakala ibu pula kini sibuk mencari rumah baru. Ini semua mendatangkan rasa bimbang,” ujarnya sambil ketawa. Dia menambah selepas menyertai agensi pengurusan artis itu, keluarganya berbelanja lebih mewah. Dia juga kini menjadi tempat ibu bapa untuk membeli keperluan baru.