PENYANYI dan ahli kumpulan Bigbang iaitu G-Dragon telah tamat menjalani sesi latihan asas tentera pada Khamis.
Menurut laporan Soompi, G-Dragon menjalani sesi latihan di pusat latihan bahagian rekrut Infantri ke-3 selama lima minggu sejak 27 Februari lalu.
Keputusannya, dia telah ditugaskan untuk menjadi pembantu arahan ketenteraan Bahagian Infantri ke-3.
G-Dragon dijadualkan akan menamatkan latihan tenteranya pada 26 November 2019.