suria

Abhishek Bachchan jawab ejekan masih tinggal bersama keluarga

KEPUTUSAN pelakon Bollywood Abhishek Bachchan untuk tinggal bersama orang tuanya, Amitabh Bachchan dan Jaya Bachchan selepas berkahwin mendapat kecaman netizen.

Biarpun sudah memutuskan hal itu sejak awal perkahwinannya dengan aktres popular, Aishwarya Rai, namun masih ramai yang mempersoalkan perkara tersebut.

Seperti dipetik Bollywoodlife.com, netizen India menggelar pelakon itu sebagai pengecut dan anak manja kerana tidak mahu berdikari.

Bagaimanapun, Abhishek menjawab kritikan itu dengan bahasa sopan di Twitter.

"Ya!, itu adalah saat paling indah dan membanggakan kerana selalu berada dekat dengan mereka seperti mereka yang sentiada ada bersama saya," tulisnya menerusi akaun @juniorbachchan.

Sebelum ini, umum mengetahui syarat utama kepada calon isterinya sebelum berkahwin ialah tinggal bersama kedua-dua orang tuanya.

Perkara itu membuatkan pertunangan dengan aktres Karisma Kapoor terputus di tengah jalan kerana kakak kepada Karena Kapoor menolak untuk tinggal bersama mertua.

Selepas berkahwin dengan Aishwarya, beberapa khabar angin tentang masalah rumah tangga muncul berpunca dengan campur tangan ibu bapa mertuanya.

Abhishek Bachchan

Artikel Lain