suria

Tristan Thompson padam foto tak tahan dikecam

SELEPAS dilaporlan curang terhadap Khloe Kardashian, Tristan Thompson menjadi sasaran netizen di laman sosial.

Tristan membuat keputusan memadam foto terbaharunya di Instagram selepas berasa terganggu dengan komen-komen negatif netizen.

Pemain bola jaring berusia 27 tahun itu membuang foto hasil fotografi terbaharu bersama majalah GQ.

Menerusi foto yang sudah dipadam itu, netizen menulis komen bahawa dia tidak layak menjadi lelaki kerana suka berbohong terhadap kekasih.

Biarpun, foto itu dipadam, netizen masih menyerang di foto-foto lain di laman sosial tersebut.

Sebelum ini, lelaki tersebut dilaporkan curang dengan Khloe ketika wanita itu hamil tiga bulan.

Tristan Thompson

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan