RAHSIA percintaan di antara pasangan pelakon Son Eun Seo dan Lee Ju Seung akhirnya terbongkar apabila mereka dilaporkan menjalinkan hubungan sejak enam bulan lalu. Koreaboo melaporkan pasangan itu pertama kali bertemu ketika menjayakan drama bersiri berjudul Voice dan sejak itu hubungan mereka bertambah akrab. Baik Eun Seo dan Ju Seung ketika itu bagaimanapun menegaskan hubungannya mereka hanya sekadar rakan baik. Mereka juga sering dilihat menghabiskan masa selain sering memuat naik gambar bersama di laman sosial masing-masing. Syarikat pengurusan kedua-dua artis itu bagaimanapun tidak mengetahui mengenai perkara tersebut dan akan membuat pengesahan apabila tiba masanya.