suria

Pelajar sekolah tular kerana wajah mirip Park Bo Gum

Kim Min Seo (kanan) dikatakan mempunyai wajah mirip pelakon Park BO Gum.

SEORANG pelajar sekolah menjadi perhatian gara-gara wajahnya yang mirip dengan pelakon terkenal Park Bo Gum.

Koreaboo melaporkan remaja lelaki itu mula mendapat perhatian netizen selepas gambarnya yang mirip pelakon itu tersebar di laman sosial.

Malah pemilik nama sebenar Kim Min Seo itu digelar sebagai kembar kepada Bo Gum.

Perhatian yang diberikan netizen terhadapnya juga telah menyebaban pengikut Instagramnya naik mendadak sebanyak 15,000 dalam masa sehari.

Facebook milik sekolahnya, Busan Sindo High School turut menjadi sasaran netizen yang bertanyakan mengenai remaja berusia 17 tahun itu.

Park Bo Gum

Artikel Lain