PELAKON Jada Pinkett Smith menegaskan dia tidak pernah berfikir untuk bercerai dengan suaminya, Will Smith selepas timbul gosip mengatakan dia memfailkan cerai terhadap aktor terkenal itu. Kata Jada, dia tidak pernah sesekali terfikir untuk bercerai walaupun adakalanya perkahwinan mereka dilanda masalah. "Satu perkara tentang kami berdua, biar apa pun yang berlaku kami tidak akan mudah putus asa. "Kami adalah sebuah unit dan cerai tidak pernah akan berlaku dalam perkahwinan kami," katanya kepada majalah People. Aktres berusia 46 tahun itu berkahwin dengan Will pada 1997 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Jaden Smith, 19 dan Willow Smith, 17 tahun.