suria

Adele kuruskan badan kerana mahu jadi pelakon

Adele nekad menguruskan badan kerana ingin bergelar pelakon.

PENYANYI Adele dilaporkan menguruskan badannya kerana ingin mencuba nasib dalam bidang lakonan.

Daily Mail melaporkan penyanyi lagu Hello itu turut giat melakukan senaman dengan bantuan video daripada jurulatih terkenal Joe Wicks dalam mendapatkan tubuh impiannya.

"Adele serius untuk bergelar pelakon dan apa dilakukan sekarang adalah untuk mengejar impiannya.

"Dia sekarang bersungguh-sungguh menurunkan berat badannya dan menjaga pemakanan selain sering bersenam di rumah.

"Video cara bersenam daripada Joe Wick adalah teman setianya sekarang," kata sumber terdekat penyanyi itu.

Dalam pada itu, Adele dilaporkan bakal muncul dalam filem Doctor Dolittle di samping Robert Downey Jr. selain bakal memegang watak sebagai Nancy menerusi filem Oliver Twist.

Adele

Artikel Lain