suria

G-Dragon dituduh guna pengaruh populariti dalam kem tentera

G-Dragon dituduh menyalahgunakan kuasa sebagai selebriti untuk mendapat layanan istimewa ketika menjalani latihan tentera.

PENYANYI G-Dragon dituduh menggunakan pengaruhnya sebagai selebriti terkenal bagi mendapatkan layanan istimewa di hospital khas untuk pelatih tentera gara-gara mengalami kecederaan ketika menjalani latihan.

Koreaboo melaporkan G-Dragon lebih banyak menghabiskan masa di hospital berbanding di kem tentera sejak dia memulakan latihan dengan alasan mengalami kecederaan pada pergelangan kakinya.

Anggota Big Bang itu dimasukkan ke hospital selama 20 hari pada April lalu dan diberikan cuti sakit selama 10 hari sebanyak dua kali.

Dia sekali lagi dimasukkan ke Hospital Yangzhou Armed Forces pada 19 Jun lalu dan dia didakwa meminta cuti sakit selama 10 hari.

G-Dragon sedang menjalani latihan ketenteraan. 

G-Dragon dijangka keluar hospital pada 28 Jun ini.

Lebih menjengkelkan, G-Dragon didakwa meminta dimasukkan ke wad VIP yang tidak diberikan kepada mana-mana pelatih tentera.

Biliknya dilaporkan mempunyai ruang yang luas selain dilengkapi penghawa dingin, peti sejuk dan televisyen.

Malah keluarga dan rakan terdekatnya turut dibenarkan menziarahnya walaupun pada bukan waktu melawat.

Pihak hospital yang diminta mengulas mengenai dakwaan itu bagaimanapun enggan berbuat demikian termasuk syarikat pengurusan penyanyi popular itu.

G-Dragon, Big Bang

Artikel Lain