TINDAKAN anggota kumpulan BTOB, Eunkwang menulis sepucuk surat tulisan tangan untuk peminatnya menyentuh hati mereka. Koreaboo melaporkan Eungkwang menulis surat itu bagi mengucapkan selamat tinggal kepada peminat sebelum menyertai latihan ketenteraan bermula 21 Ogos lalu. "Saya mengucapkan terima kasih kepada semua peminat kerana sentiasa menyokong saya dan BTOB. "Saya akan kembali! Berjanji satu perkara dengan saya, jaga kesihatan dan sentiasa gembira sementara kita akan bertemu lagi. Saya sayang anda semua!," antara isi kandungan surat tersebut. Sementara itu, Cube Entertainment memberitahu Eunkwang akan menerima latihan asas selama lima minggu di kem Hwacheong, Gangwon-do sebelum diserap ke unit lain. Eungkwang bakal menyertai beberapa selebriti lain seperti Daesung, Yoo Jun Sang dan Yoo Seung Ho yang menjalani latihan ketenteraan di kem sama.