suria

Raisa umum bakal timang anak pertama

Raisa mengumumkan dia dan suaminya, Hamish Daud bakal menimang cahaya mata pertama.

SELEPAS hampir setahun mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti Indonesia Raisa dan Hamish Daud akhirnya mengumumkan berita gembira bahawa mereka bakal menimang cahaya mata pertama.

Penyanyi itu memberitahu berita itu menerusi laman sosial Instagramnya pada Isnin.

"Alhamdulillah, sudah tidak sabar bertemu dengan mu si kecil. Terima kasih buat semua cinta dan doanya," tulisnya.

Selain itu, pasangan ini turut memuat naik video pendek di Youtube.

Menerusi video berdurasi dua minit itu, Raisa menunjukkan saat-saat suaminya terkejut apabila diberitahu tentang berita gembira itu.

Hamish memeluk erat isterinya itu dan mereka juga berkongsi saat membuat pemeriksaan kali pertama terhadap kandungan berkenaan.

Selain itu, kedua-dua belah keluarga pasangan ini turut memberi reaksi terkejut dan gembira dengan khabar itu.

"Tuhan memberikan kami berkah cinta. Dan dari cinta, Ia mempercayakan kami sebuah cahaya kecil yang semakin tumbuh kuat, dari kami yang akan belajar tentang erti cinta tanpa syarat.

Tetap kuat dan sehat, belahan jiwa kecil kami." kata-kata yang ditulis pada akhir video tersebut.

Pasangan ini berkahwin pada 3 September 2017.

Sumber: Tribun Seleb

Raisa

Artikel Lain