suria

Enam bulan cerai, Channing jalin hubungan dengan Jessie J

Channing dan Jenna bercerai April lalu.

BERITA perceraian pasangan Channing Tatum dan Jenna Dewan pada April lalu mengejutkan banyak pihak.

Pasangan yang dikenali sebagai paling serasi dan romantik itu mengumumkan perkara itu menerusi Instgaram berjanji untuk kekal mempunyai hubungan baik demi anak perempuan mereka yang masih kecil.

Bagaimanapun, selepas enam bulan berita tersebut, Channing kembali menjadi perbincangan apabila dikhabarkan menjalinkan hubungan dengan penyanyi Jessie J.

Khabar tersebut dipetik daripada Us Magazine melaporkan jejaka itu hadir memberi sokongan pada konsert Jessie J yang diadakan di Seattle dan Salt Lake City.

"Hubungan tersebut masih baru, santai dan mereka gembira bersama," ujar sumber yang menjadi saksi ketika pasangan itu bermain mini golf di kawasan Seattle pada minggu lalu.

Sementara itu, menurut sumber, bekas isterinya Jenna sudah mengetahui tentang hubungan tersebut.

Bagaimanapun, Jenna tidak kisah dengan perkara itu, malah sudah menjalani kehidupan baharunya dengan baik.

"Dia sama sekali tidak peduli tentang hal itu. Jenna juga kini sedang menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki," ujar sumber.


Jessie J

Artikel Lain