BEKAS anggota The Grace, Dana baru-baru ini mengejutkan ramai pihak apabila berat badannya meningkat secara mendadak menyebabkan ramai tertanya-tanya tentang keadaannya. Dana menerusi program realiti terbaharunya, Fly Again Dana menjelaskan berat badannya meningkat disebabkan perpisahan dengan bekas teman lelakinya sebelum ini. "Saya berpisah dengan teman lelaki dan ia menyebabkan tekanan memandangkan dia adalah kekasih pertama saya. "Ia benar-benar memberi kesan kepada saya," katanya seperti dilaporkan Koreaboo. Tidak hanya itu, kata Dana, berita rakan baiknya yang terlibat dalam kemalangan menambah tekanan menyebabkan dia beralih kepada makanan. "Saya rasa seperti kehilangan semuanya! Sejak itu berat badan saya meningkat," ujarnya.