HAMPIR setahun menyertai latihan ketenteraan, penyanyi G-Dragon jarang muncul di khalayak dan peminat sering tertanya-tanya keadaan anggota kumpulan Big Bang itu. Bagaimanapun kerinduaan peminat terhadap penyanyi itu akhirnya terubat apabila pemilik sebuah restoran memuat naik gambarnya bersama G-Dragon ketika dia berkunjung ke restoran itu baru-baru ini. Peminat teruja melihat perubahan fizikal G-Dragon yang kini lebih berisi berbanding sebelum dia menyertai latihan ketenteraan. Ini kerana, sebelum ini peminat melahirkan kebimbangan terhadap kesihatan penyanyi itu yang kelihatan sangat kurus ekoran terlalu sibuk dengan aktiviti seni selain mengadakan konsert. "Gembiranya lihat pipi G-Dragon semakin 'tembam'... Dia sangat comel. I love you Oppa!," antara komen peminat di laman sosial seperti dilaporkan Koreaboo. G-Dragon dijangka selesai menjalani latihan ketenteraan pada penghujung tahun hadapan.