suria

Selamat bergelar suami, Baim mahu lima anak

PELAKON sinetron Baim Wong yang baharu sahaja bergelar suami kepada kekasihnya Paula Verhoeven pada Khamis lalu mengakui ingin segera menimang cahaya mata.

Pasangan yang dinikahkan dalam sebuah majlis di Gedung Tribrata, Kebayoran Baru, Jakarta Selatan itu bersedia untuk menjadi ibu bapa.

"Kami tidak mahu menunda untuk dapat anak, kalau boleh mahu ramai anak sekurang-kurangnya lima orang," ujar Baim seperti dipetik Kapan.Lagi.com.

Dalam pada itu, Paula memberitahu masih tidak percaya sudah bergelar seorang isteri.

Dia yang juga seorang model berasa majlis perkahwinan itu bagai satu pekerjaan apabila dia perlu solekan tebal dan berganti baju.

Selain itu, Baim memberitahu dia bersyukur hasrat untuk mendirikan rumah tangga akhirnya tercapai.

"Perasaan senang kerana akhirnya penantian yang sudah lama tercapai. Jumpa orang yang benar-benar sesuai dengan doa dan harapan," ujarnya.

Baim Wong

Artikel Lain