PELAKON Drew Barrymore tidak mahu dua anaknya Frankie dan Olive terlibat dalam bidang lakonan buat masa ini. Drew berkata dia sendiri memulakan karier lakonannya pada usia yang sangat muda dan dia tidak mahu anak-anaknya melalui perkara sama. Sebaliknya, Drew mahu mereka menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain. "Saya tidak akan biarkan mereka menjadi pelakon kanak-kanak. Itu bukan kehidupan yang perlu mereka jalani. "Jika mereka ingin berlakon apabila dewasa nanti saya akan sokong tetapi bukan sekarang," katanya seperti dilaporkan People.