AKSI romantis pelakon Priyanka Chopra menyambut kedatangan tunangnya, Nick Jonas ke Delhi, India menarik perhatian peminat. Menerusi laman Instagram, Priyanka berkongsi foto mesra mereka berdua ketika berada dalam sebuah kenderaan. "Selamat pulang sayang," tulisnya di ruangan kapsyen. Romantiknya pasangan ini. Sehari sebelum, Nick ada memuat naik sekeping foto yang memberitahu dirinya ketika itu berada di New York, Amerika Syarikat. "Sampai jumpa lagi, NYC," tulisnya yang memperlihatkan sedang berada dalam sebuah helikopter. Gara-gara pertemuan di India itu, ramai peminat membuat andaian pasangan ini bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat. Bagaimanapun, sehingga kini kedua-dua mereka masih belum membuat sebarang kenyataan mengenai perkara tersebut. SUMBER: CNN