MODEL terkenal Heidi Klum kini dikhabarkan sudah mengikat tali pertunangan dengan kekasih baharunya Tom Kaulitz. Heidi, 45, menerusi Instagram memuat naik cincin pemberian gitaris Tokio Hotel yang baharu sahaja berusia 29 tahun itu. Dalam foto hitam putih itu juga melihatkan hubungan mesra pasangan berkenaan yang menjalinkan hubungan cinta sejak setahun lalu. Heidi pada kapsyen foto menulis i said yes yang bermakna dia menerima lamaran tersebut. Biarpun jarak usia 16 tahun ia tidak menjadi halangan buat Tom menerima wanita tersebut sebagai pasangan hidupnya. Segala pesona yang ada pada wanita itu membuatkan Tom benar-benar jatuh cinta dan ingin bersamannya. SUMBER : Instagram Heidi