suria

Foto pra perkahwinan Park Hae Soo berkonsepkan alam semula jadi

Park Hae Soo bakal berkahwin dengan wanita pilihannya pada 14 Januari depan.

PELAKON Park Hae Soo berkongsi foto-foto pra-perkahwinannya dengan bakal isterinya yang berkonsepkan alam semula jadi.

Menurut laporan Soompi, perancang majlis perkahwinan iaitu Park Ji Yeon memberitahu konsep yang dipilih itu untuk mengingatkan permulaan hubungan mereka.

"Foto-foto pra-perkahwinan yang berkonsepkan alam semula jadi bagi mengingatkan mereka tentang permulaan hubungan," katanya.

Pada November lalu, Park Hae Soo mengumumkan perancangan untuk berkahwin dengan kekasih yang enam tahun lebih muda daripadanya pada 14 Januari depan.

Pasangan itu berkenalan menerusi rakan mereka dan mula menjalinkan hubungan cinta sejak setahun lalu.

Park Hae Soo

Artikel Lain