suria

Kim Kardashian dikritik pakaikan anak gincu

Kim Kardashian bersama suami dan tiga anak mereka pada sambutan Hari Krismas pada 25 Disember lalu.

BINTANG realiti Kim Kardashian menerima kecaman apabila membenarkan anak perempuannya North West yang baharu berusia lima tahun menggunakan gincu ketika parti hari Krismas.

AOL melaporkan pengikut Instagramnya menyelar tindakan tersebut memandangkan North masih kanak-kanak dan tidak sepatutnya dia didedahkan dengan barangan solekan.

Kim menerima kecaman itu selepas berkongsi foto keluarganya di laman sosial dan pengikutnya mula perasaan North mengenakan gincu dalam gambar tersebut.

"Apa warna merah pada bibir North itu? Gincu ke?

"North masih kanak-kanak... Solekan bukan untuknya. Tiada keperluan untuk dia memakai gincu," antara komen netizen.

Pun begitu, ada juga pengikutnya yang memuji North yang kelihatan cantik persis model apabila mengenakan gincu.

Kim Kardashian, North West

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan