SEORANG peminat wanita BTS bertindak berani mengekori kumpulan terkenal itu dari jarak dekat ketika mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Seoul baru-baru ini. Bagaimanapun menurut laporan Koreaboo, wanita itu menjadi perhatian ekoran penampilannya yang hanya berbaju kemeja singkat dan dipercayai tidak memakai seluar. Peminat lain yang berdiri di tepi hairan bagaimana wanita itu dapat mengekori BTS dengan jarak dekat sebelum pengawal peribadi mereka menyedari kehadirannya. Gambar wanita itu juga tular di laman sosial dan peminat memberitahu itu bukan kali pertama individu sama mengekori BTS selain menggelarnya sebagai biadab dan menjijikkan. "Saya berasa jijik melihatnya wanita itu yang begitu berani tidak memakai seluar semata-mata mendapatkan perhatian BTS. "Kita patut hadiahnya sepasang seluar kerana mungkin dia tidak memilikinya," tulis peminat di laman sosial. Sementara itu, wanita itu dilaporkan berada dalam senarai hitam oleh syarikat pengurusan BTS iaitu Big Hit Entertainment kerana sering berkelakuan aneh.