PELAKON Go Ara mengalami kecederaan di buku lalinya ketika sedang menjalani penggambaran drama SBS iaitu Haechi pada Khamis lalu. Menurut laporan Soompi, agensi pengurusannya iaitu Artist Company memberitahu tisu di bahagian buku lalinya koyak dan menyebabkan dia ditahan wad untuk rawatan. "Selepas pemeriksaan, Go Ara mengalami ATFL (anterior talofibular ligament) dan situasi itu menyebabkan dia ditahan wad untuk rawatan. "Kami tahu semua orang ambil berat mengenai Go Ara, kami akan lakukan yang terbaik untuk rawatannya dan doakan dia cepat sembuh," kata agensi.