suria

Ahmad Dhani sambut hari jadi di penjara, Mulan Jameela tulis ucapan istimewa!

Mulan tak sabar mahu berkumpul bersama keluarga.

ISTERI kepada penyanyi Ahmad Dhani iaitu Mulan Jameela mendoakan agar suaminya segera selesai menjalani hukuman penjara supaya dapat berkumpul semula bersama keluarga.

Menerusi Instagram, Mulan memuat naik foto mereka sekeluarga berserta ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran Ahmad Dhani ke-47.

"Foto ini diambil setahun lalu dan hari ini adalah hari di mana biasanya kita sekeluarga harus berkumpul, berdoa bersama, meminta semuanya yang terbaik Allah berikan untuk Mas.

"Selamat hari kelahiran imamku Ahmad Dhani, BarakAllah fii umrik," tulis Mulan Jameela.

Foto yang dimuat naik pada Ahad itu menerima hampir 20,000 tanda suka dan komen daripada pengikut.

Mulan Jameela muat naik foto di Instagram.

Rata-ratanya mengharapkan agar Ahmad Dhani sihat dan dibenarkan pulang ke rumah segera.

"Happy birthday Abang Dani sihat selalu.. semoga cepat pulang ke rumah.

"BarakAllaj fii umrik mas @ahmadhaniofficial," komen netizen.

Pada Januari lalu, Ahmad Dhani dijatuhi hukuman penjara 18 bulan selepas didapati bersalah menyebarkan kata-kata kebencian di media sosial.

Hakim Mahkamah Jakarta Selatan, Ratmoho, dalam keputusannya berkata, pengasas kumpulan Dewa 19 itu terbukti menimbulkan kebencian terhadap suatu golongan.

SUMBER: Liputan6

Ahmad Dhani, Mulan Jameela

Artikel Lain