suria

Kim Jong Kook aktif bersenam setiap kali putus cinta

Kim Jong Kook mendedahkan perkara itu ketika temu bual bersama sebuah program.

AHLI Running Man, Kim Jong Kook mendedahkan dia akan melakukan senaman setiap kali selepas hubungan cintanya berakhir.

Menurut laporan Soompi, penyanyi itu pernah bersenam dan berlari tanpa henti sepanjang malam disebabkan berpisah dengan kekasihnya.

"Apa yang saya ingin bila putus cinta selalunya saya akan bersenam.

"Ada satu ketika itu, ketika waktu malam dan sementara mendengar lagu, saya berlari dan naik turun tangga tanpa henti," katanya.

Kim Jong Kook

Artikel Lain