BEKAS anggota kumpulan KARA iaitu Goo Hara dikatakan mencuba untuk menamatkan nyawanya dengan mencederakan dirinya pada Ahad lalu. Bagaimanapun, pihak polis berjaya menyelamatkan Hara yang melakukan cubaan membunuh diri di rumahnya kira-kira pukul 12.40 pagi. Menerusi laporan polis Gangnam, rumah Hara ketika itu dipenuhi dengan asap dan penyanyi itu dalam keadaan tidak sedar diri. Dalam pada itu, Hara telah membuat permohonan maaf dan mengakui dirinya dalam keadaan tertekan namun kini dia dalam proses pemulihan. Sebelum ini, Hara didakwa atas kesalahan mencederakan bekas kekasihnya dan berita itu menjadi perbualan hangat pada tahun lalu. Sumber - Allkpop, Soompi