BERGELAR selebriti bertaraf antarabangsa pastinya kehidupan yang dijalani golongan-golongan ini menjadi perhatian ramai. Setiap gerak-geri yang dilakukan mereka sama ada baik atau tidak sering menjadi topik perbualan yang menarik untuk diperkatakan peminat industri hiburan. Namun berita kematian artis kegemaran mereka pastinya akan menjadi kedukaan apatah lagi jika kematian idola mereka adalah secara tragis. 1. Mac Miller Mac Miller merupakan penghidap penyakit kemurungan. Penyanyi, Mac Miller yang juga merupakan bekas kekasih kekasih Ariana Grande ini meninggal dunia disebabkan pengambilan dadah secara berlebihan (overdose). Selain itu, Mac yang juga menghidap penyakit kemurungan turut bergantung terhadap ubat-ubatan. Hal ini bukan hanya meninggalkan kesedihan di hati Ariana sebagai bekas kekasih tetapi juga kesemua peminat yang menyukai karyanya. 2. Amy Winehouse Penyanyi berbakat besar ini meninggal dunia pada usia 27 tahun. Amy merupakan salah seorang artis yang meninggal dunia sewaktu kariernya berada di puncak. Kematiannya pada usia yang sangat muda iaitu pada 27 tahun boleh dianggap sesuatu yang sangat menghayat hati peminat penyanyi yang berbakat besar ini. Umum mengetahui punca kematian Amy adalah disebabkan keracunan alkohol. Bertambah buruk apabila Amy yang juga ketagih dadah dan enggan menerima rawatan. Kisah sebenar mengenai kehidupan dirinya diterjemahkan menerusi lagu hitnya Rehab. 3. Whitney Houston I Have Nothing antara lagu Whitney Houston yang paling popular. Siapa sahaja yang tidak mengenali Whitney Houston? Lagu-lagu dari penyanyi bersuara emas ini parnah menjadi siulan satu dunia suatu ketika dahulu. Whitney menghembuskan napas terakhir ketia dia berusia 49 tahun disebabkan overdose dadah jenis kokain. Mayatnya ditemui tenggelam di dalam bathup bilik air kediamannya. Hal tersebut mengejutkan peminat industri seni yang berduka di atas pemergian diva dan penyanyi disebalik lagu I Have Nothing ini. 4. Elvis Presley Aktor tampan ini ditemui mati di bilik mandi kediamannya. Penyanyi dan aktor tampan kelahiran Amerika Syarikat ini sememangnya terkenal dengan gaya rambut dan penampilannya yang unik membuatkan dia masih diingat hingga ke hari ini. Sama seperti Whitney Houston, Elvis meninggal pada tahun 1977 di Tennessee, Amerika Syarikat disebabkan pengambilan dadah berlebihan dan mayatnya ditemui terbaring di bilik mandi di kediamannya. 5. Marilyn Monroe Marilyn meninggal dunia sewaktu berada di zaman kegemilangannya. Lagenda Hollywood yang tiada galang gantinya itu meninggal dunia pada tahun 1962, mati disebabkan dadah. Sewaktu kematiannya, Marilyn berada di zaman kegemilangan sebagai bintang filem ternama. Marilyn dilaporkan koma selepas mengambil ubat tidur secara berlebihan yang menjadi punca kematiannya. Khabar angin mengatakan, sebuah diari peribadi dan nota telah dicuri dari kediamannya bagi merahsiakan kisah skandal Marilyn dengan Presiden Amerika ketika itu, John Kennedy.