suria

Ibu letak tiga syarat untuk menjadi kekasih Selena Gomez

Selena Gomez belum mempunyai kekasih baharu.

NAMA penyanyi Selena Gomez mula menjadi perhatian media ketika menjalinkan hubungan cinta dengan Justin Bieber.

Selepas mengumumkan hubungan itu sudah berakhir, Salena sering dihimpit pelbagai kontroversi cinta. Malah dia sendiri turut meninggalkan tanda tanya apabila membuat mengumuman bakal berkahwin dengan Bill Murray.

Bagaimanapun, status pengumuman yang dibuat menerusi laman Instagram itu hanya sekadar untuk mempromosikan filem terbaharu lakonan mereka.

Ibu Selena beri tiga syarat untuk menjadi kekasih anaknya.

Sebelum ini, ibu kepada penyanyi lagu Back To You ini iaitu Mandy Teefy pernah berkongsi tiga syarat utama yang perlu ada untuk menjadi kekasih anaknya.

Menurut Mandy, lelaki itu perlu pandai berjenaka, mengutamakan keluarga dan memahami situasi serta kehidupan yang dilalui anaknya.

Mandy memberitahu dia turut memahami tekanan yang dilalui oleh Selena dalam setiap perkara.

Kisah cinta Selena dan Justin antara yang menarik perhatian media dan peminat.

Baginya, ini merupakan peluang yang terbaik untuk memberi nasihat keibuaan supaya penyanyi itu tidak tersalah langkah lagi.

Selena dan Justin mula membuat kemunculan pertama sebagai kekasih pada Februari 2011 ketika menghadiri The Oscars.

Bagaimanapun, mereka pertama kali memutuskan untuk berpisah pada November 2012 dan Justin kemudian bercinta dengan model Victoria Secrets.

Selena sempat bercinta dengan The Weeknd untuk beberapa bulan.

Pasangan itu kemudian kembali menjalinkan hubungan cinta pada Mei 2013 dan mereka berpisah semula pada 2016.

Selepas itu, Selena mendedahkan dia sedang hangat bercinta dengan penyanyi The Weeknd pada Januari 2017 namun hubungan itu tidak bertahan lama.

Bagaimanapun, semenjak Justin berkahwin dengan model Hailey pada tahun lalu sehingga kini Selena masih belum ada kekasih.

Artikel Lain